Tuesday, February 15, 2011

Kulit Baharu Geng Odah



Kulit Buku GENG ODAH Berwajah Baharu.
Di bawah kategori buku BOM (Buat Orang Muda)


Nantikannya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 pada 22 April hingga 1 Mei 2011.
Adik-adik dan kakak-kakak, jangan ketinggalan untuk mengunjungi booth JEMARI SENI untuk mendapatkan buku-buku JS ADIWARNA yang
menarik, bermutu dan berilmu.
Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang produk-produk JS ADIWARNA , adik-adik dan kakak-kakak anda boleh layari laman web JEMARI SENI dan klik JS ADIWARNA, atau adik-adik dan kakak-kakak boleh terus klik di sini.
Jangan ketinggalan. Bersama-samalah kita ke arah MEMBIJAKSANAKAN ORANG MUDA.
Juga untuk maklumat lanjut tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, klik di sini.

Sunday, April 25, 2010

Odah INGIN Bercuti




Fasha: Termenung nampak.

Odah: Tak lah, berangan jer.

(Sambil memandang wajah Fasha, gelihati)

Fasha: Share la.

Odah: Tak boleh.

Fasha: Kenapa?

Odah: Saja.

(Fasha tiba-tiba geletek Odah)

Odah: Oosh... geli la.

Fasha: Cerita la.

Odah: Sat, fikir dulu.

Fasha: Awat nak fikir-fikir pulak ni.

Odah: Nak cerita ker.. tak nak. Emm...

Fasha: Tak nak sudah lah. (merajuk)

Odah: Okay, saya cerita


Bersambung...

Friday, April 9, 2010

Geng Odah


Moga masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan jutaan terima kasih untuk SEMUA yang telah merealisasikan 'Geng Odah' ini. Terima kasih sungguh-sungguh kepada mereka yang telah berusaha gigih menjadikan Geng Odah ini dalam bentuk naskah yang dapat disentuh, dipegang dan dibaca. Terharunya. Masih berbaki rasa itu.

Harapan ku, 'Geng Odah' ini adalah satu permulaan yang indah untuk aku menapak dalam bidang penulisan. Terima kasih untuk 'dia', ku simpan kedap rasa ini.

Kepada mereka yang telah mendapatkan 'Geng Odah' ini, terima kasih yang tak terhingga. Diharap sedikit sebanyak ia dapat memberi input kepada anak-anak dan adik-adik dalam mewarnai kehidupan kalian.